fbpx

Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Mabul Semporna 4H3M

Mabul, Semporna - View on map
  • 4 Hari 3 Malam
  • 16
  • 16 Sep 2024 - 19 Sep 2024
Description

 

PILIHAN HOTEL

LOKASI HOTEL
SEMPORNA GRACE HOTEL, SIPADAN INN, SEAVIEW HOTEL, SEAFEST HOTEL ATAU SETARAF
WATER CHALET STARZ WATER VILLAGE (PRIORITY), AMINAH RESORT, UNCLE CHANG RESORT, GRAND DIVE RESORT ATAU SETARAF

PILIHAN PAKEJ

PAKEJ HARGA
DEWASA (TWIN / TRIPLE) RM 1,790
DEWASA (SINGLE) RM 2,159
KANAK-KANAK (WITH BED) RM 1,690
KANAK-KANAK (WITHOUT BED) RM 1,590
BAYI RM 200.00

INFO PENERBANGAN

NO. PENERBANGAN PENERBANGAN ETD -ETA (KUL-TWU)
MH2660 MALAYSIA AIRLINES 0730 - 1020
ETD- ETA (TWU-KUL)
MH2665 MALAYSIA AIRLINES 1810 - 2100

PAKEJ TERMASUK:

Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg
Penginapan Hotel 2-3 bintang lengkap sarapan pagi
Penginapan Atas Air lokal 1 malam (lengkap makan)
Makanan seperti dinyatakan jadual.
Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual
Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
Pemandu pelancongan (driver cum guide) berbahasa melayu
Tips Pemandu Pelancong
Aktiviti “island hopping” seperti dalam jadual

 

TIDAK TERMASUK:

Travel & Covid-19 Insurans
Kos Makan tengahari dan malam (anggaran RM10-RM15 sekali makan) kecuali dinyatakan dalam jadual.
Perkhidmatan ketua rombongan (digantikan dengan wakil di Semporna)
Kos Caj Extra Untuk Rakyat Bukan Malaysia.
Tiket Lawatan yang tidak dinyatakan. Water Bungalow : RM50/pax dan Pulau Timba-timba : RM10/pax


TERMA DAN SYARAT

  • Perkhidmatan ini diuruskan dan dijalankan dengan kerjasama Muslimtravelbug Sdn Bhd (MTB)
  • Pilihan hotel adalah bergantung pada keadaan semasa dan boleh digantikan dengan hotel atau penginapan yang setaraf
  • Harga yang dipamerkan boleh mengikut keadaan semasa. Sebarang kenaikan yang berlaku adalah diluar kawalan pihak kami dan haruslah ditanggung oleh peserta.
  • Jenis dan pilihan hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
  • Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd adalah syarikat yang yang bertindak mewakili peserta untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej ke destinasi. Sebarang perubahan perjalanan dan penerbangan disebabkan oleh faktor-faktor seperti cuaca, cuti umum, dan lain-lain adalah di luar kawalan pihak kami.
  • Bayaran deposit yang diterima dari peserta bermaksud anda bersetuju dengan terma dan syarat yang kami tetapkan.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
Itinerary

Ketibaan di Lapangan Terbang Tawau. Peserta akan dijemput oleh wakil syarikat. Makan tengahari dan bergerak ke pekan Semporna dengan menaiki van. Daftar masuk penginapan di Semporna. Makan malam dan aktiviti bebas disekitar penginapan di pekan semporna

Sarapan pagi di sekitar kawasan hotel. Bergerak ke Jeti untuk ke Pulau Mabul. Dengan menaiki bot selama 30 minit, aktiviti dimulakan dengan bersiarsiar di Pulau Mabul. Anda boleh merakamkan kenangan di Mabul Water Bungalow (Optional Tour RM50/pax) ataupun melakukan aktiviti snorkeling. Pengembaraan pulau diteruskan dengan aktiviti bebas (snorkeling & bersiar-siar) di Pulau Kapalai sebelum pulang ke penginapan Semporna. Makan malam dan berehat.

Sarapan pagi di sekitar kawasan hotel. Bertolak ke jeti pelancongan untuk pengembaraan pulau-pulau yang indah di Semporna. Anda akan bertolak ke Pulau Mataking. Makan tengahari. Seterusnya ke Pulau Timba-Timba dan diakhiri dengan lawatan ke Pulau Pom-Pom.Bergerak ke penginapan water chalet dan check in. Makan malam dan aktiviti bebas.

Sarapan pagi di penginapan. Aktiviti bebas berehat menikmati pemandangan ataupun mandi laut. Daftar keluar penginapan dan anda akan dibawa ke pekan Semporna untuk makan tengahari sebelum bertolak semula ke Lapangan Terbang Tawau untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Location

From RM1,790.00

Total Price