fbpx

Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Korea Musim Sejuk 6H 4M

  • 6 Hari 4 Malam
  • 25
  • Mei 2024
Description

HARI 1

KLIA 2 – SEOUL 

Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA (2) dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para peserta akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Seoul.


HARI 2

SEOUL – PULAU NAMI – GANGCHON (SKI RESORT) (MT/MM)

Tiba di lapangan terbang Incheon dan berjumpa dengan pemandu pelancong. Bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan), melawat Pulau Nami yang terkenal dengan filem Winter Sonata lengkap pengalaman menaiki feri. Makan tenghari. Kemudian bertolak ke Pusat Peranginan Elysian Gangchon Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain ski (Tidak termasuk peralatan ski). Makan malam di restoran berdekatan dan daftar masuk hotel .


HARI 3

GANGNAM-ITEAWON-HONGDAE(SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan lawatan dimulakan dengan aktiviti membeli belah di salah satu pusat membeli belah local (Gangnam Underground Shopping). Kemudian anda akan melawat Starfield Library di Coex Mall dimana perpustakaan ini menjadi viral dan menjadi salah satu tempat wajib dilawati sekiranya anda ke Gangnam. Solat Zohor di Masjid Iteawon & aktiviti bebas di Iteawon Street dan makan tengahari. Kemudian anda akan melawat Hongdae Shopping Street yang menjadi Kawasan orang muda Korea untuk aktiviti seperti membeli belah, tarian/nyanyian kpop di jalanan serta berkumpul bersama rakan. Makan malam dan Kembali ke hotel di Seoul/Incheon.


HARI 4

SEOUL- DONGDAEMUN(SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bergerak ke Gyeongbuk Palace dan National Folk Museum. (Optional : bersiar-siar dengan pakaian hanbok di Istana). Selepas itu, hayati sejarah perkampungan korea di Bukchon Hanok Village dan seterusnya melawat Lorong Antik & seni di Insadong Street. Makan tenghari. Singgah sebentar di Local Supermarket dan seterusnya aktiviti membeli belah di salah satu pusat barangan korea lokal iaitu Dongdaemun Market. Makan malam dan Kembali ke hotel di Seoul/Incheon


HARI 5

SEOUL – NAMEDAEMUN- MYEONGDONG (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan seterusnya lawati Kimchi School & Seaweed Museum untuk pengalaman membuat Kimchi & pengalaman menggunakan pakaian hanbok percuma. Seterusnya membeli belah di Kedai Kosmetik Dan Duty Free. Makan tengahari dan anda akan diberi masa aktiviti bebas di Namdaemun Market yang merupakan salah satu market tertua di Korea dan Myeongdong Shopping Street iaitu kawasan shopping terbesar di Korea. Makan malam dan Kembali ke hotel di Seoul/Incheon.


HARI 6

SEOUL-KUALA LUMPUR

Bertolak pada awal pagi ke Incheon International Airport untuk penerbangan pagi kembali ke Lapangan Terbang KLIA (2), Malaysia


PILIHAN HOTEL

LOKASI HOTEL
INCHEON / GYEONGGI SAMWON PLAZA ROYAL EMPORIUM HOTEL (3 BINTANG) ATAU SETARAF
SEOUL RECENZ HOTEL, JK BLOSSOM HOTEL, RICH DIAMOND HOTEL, GOLDEN CITY HOTEL, (3 BINTANG) ATAU SETARAF

PILIHAN PAKEJ

PAKEJ HARGA
DEWASA (TWIN / TRIPLE) RM 4,490
DEWASA (SINGLE) RM 5,920
KANAK-KANAK (WITH BED) RM 4,190
KANAK-KANAK (WITHOUT BED) RM 4,090
BAYI RM 500.00

INFO PENERBANGAN

NO. PENERBANGAN PENERBANGAN ETD -ETA (KUL-ICN)
D7 504 AIR ASIA X 2300 - 0630+
ETD- ETA (ICN-KUL)
D7 505 AIR ASIA X 0745 - 1330

PAKEJ TERMASUK:

Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg
Penginapan Hotel 3 bintang lengkap sarapan pagi
Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
Perkhidmatan ketua rombongan professional.
Tips Pemandu Pelancong
Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam Jadual Perjalanan.

 

TIDAK TERMASUK:

Travel & Covid-19 Insurans
Makan dalam kapal
Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
Aktiviti pilihan:
Sewa Ski – Peralatan permainan ski + suit dan but ski USD50/pax)
Sewa Hanbok (Gyeonbuk Palace) 5000-20000 won
Pengurusan visa K-ETA (RM70/pax)


NOTA

  • Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
  • Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
  • Sila hubungi pejabat untuk pengesahan tempat duduk sebelum membuat tempahan.
  • Makan tengah hari dan makan malam akan dihidangkan di Restoran Halal atau restoran mesra Muslim. Restoran-restoran ini sentiasa dipantau oleh Persekutuan Muslim Korea (KMF). Restoran-restoran ini menyajikan hidangan halal atau mendapatkan bahan mentah di pasar/tempat penyembelihan halal. Tiada restoran, termasuk restoran makanan laut menggunakan alkohol dalam proses penyediaan makanan.
  • Pendaftaran K-ETA adalah salah satu KEWAJIPAN kemasukkan ke korea. Pihak syarikat boleh bantu membuat pendaftaran namun kos bagi pemohonan pertama akan ditangung dan bagi pemohonan seterusnya tidak termasuk harga pakej dan keputusan kelulusan adalah diatas bidang kuasa pihak immigresen Korea.
  • Dokumen hard copy yang diperlukan sebelum ke Korea adalah:-
    a. Bukti vaksinasi lengkap 3 dos daripada mysejahtera
    b. Q-code (borang penilaian kesihatan, akan diisi setelah anda lulus K-ETA dan 3 hari sebelum berlepas)
    c. Sebarang perubahan polisi daripada pihak Korea adalah diluar bidang kuasa kami. Pelanggan yang bersetuju membuat bayaran deposit bermaksud bersetuju dan faham dengan sebarang risiko percutian yang dipilih

 

TERMA DAN SYARAT

  • Perkhidmatan ini diuruskan dan dijalankan dengan kerjasama Muslimtravelbug Sdn Bhd (MTB)
  • Pilihan hotel adalah bergantung pada keadaan semasa dan boleh digantikan dengan hotel atau penginapan yang setaraf
  • Harga yang dipamerkan boleh mengikut keadaan semasa. Sebarang kenaikan yang berlaku adalah diluar kawalan pihak kami dan haruslah ditanggung oleh peserta.
  • Jenis dan pilihan hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
  • Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd adalah syarikat yang yang bertindak mewakili peserta untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej ke destinasi. Sebarang perubahan perjalanan dan penerbangan disebabkan oleh faktor-faktor seperti cuaca, cuti umum, dan lain-lain adalah di luar kawalan pihak kami.
  • Bayaran deposit yang diterima dari peserta bermaksud anda bersetuju dengan terma dan syarat yang kami tetapkan.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
Location

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

From RM4,490.00

Fully Booked