fbpx

Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Korea Musim Luruh 6H4M

Seoul, Korea - View on map
  • 6 Hari 4 Malam
  • 25
  • 15 Sep 2024 - 20 Sep 2024
Description

 

PILIHAN HOTEL

LOKASI HOTEL
INCHEON / GYEONGGI SAMWON PLAZA ROYAL EMPORIUM HOTEL (3 BINTANG) ATAU SETARAF
SEOUL RECENZ HOTEL, JK BLOSSOM HOTEL, RICH DIAMOND HOTEL, GOLDEN CITY HOTEL, (3 BINTANG) ATAU SETARAF

PILIHAN PAKEJ

PAKEJ HARGA
DEWASA (TWIN / TRIPLE) RM 4,590
DEWASA (SINGLE) RM 5,290
KANAK-KANAK (WITH BED) RM 4,090
KANAK-KANAK (WITHOUT BED) RM 3,490
BAYI RM 500.00

INFO PENERBANGAN

NO. PENERBANGAN PENERBANGAN ETD -ETA (KUL-ICN)
D7 504 AIR ASIA X 2250 - 0630+
ETD- ETA (ICN-KUL)
D7 505 AIR ASIA X 0745 - 1315

PAKEJ TERMASUK:

Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg
Penginapan Hotel 3 bintang lengkap sarapan pagi
Makanan halal/mesra muslim seperti dinyatakan jadual
Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual
Everland Theme Park Full Day
Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
Perkhidmatan ketua rombongan professional.
Tips Pemandu Pelancong

 

TIDAK TERMASUK:

Travel & Covid-19 Insurans
Makan dalam kapal
Pilihan lawatan selain yang di nyatakan
Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
Aktiviti pilihan: Sewa Hanbok (Gyeonbuk Palace (15000- 35000 won)
Yuran visa K-ETA (RM70/pax)


NOTA

  • Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
  • Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
  • Sila hubungi pejabat untuk pengesahan tempat duduk sebelum membuat tempahan.
  • Makan tengah hari dan makan malam akan dihidangkan di Restoran Halal atau restoran mesra Muslim. Restoran-restoran ini sentiasa dipantau oleh Persekutuan Muslim Korea (KMF). Restoran-restoran ini menyajikan hidangan halal atau mendapatkan bahan mentah di pasar/tempat penyembelihan halal. Tiada restoran, termasuk restoran makanan laut menggunakan alkohol dalam proses penyediaan makanan.
  • Pendaftaran K-ETA adalah salah satu KEWAJIPAN kemasukkan ke korea. Pihak syarikat boleh bantu membuat pendaftaran namun kos bagi pemohonan pertama akan ditangung dan bagi pemohonan seterusnya tidak termasuk harga pakej dan keputusan kelulusan adalah diatas bidang kuasa pihak immigresen Korea.
  • Dokumen hard copy yang diperlukan sebelum ke Korea adalah:-
    a. Bukti vaksinasi lengkap 3 dos daripada mysejahtera
    b. Q-code (borang penilaian kesihatan, akan diisi setelah anda lulus K-ETA dan 3 hari sebelum berlepas)
    c. Sebarang perubahan polisi daripada pihak Korea adalah diluar bidang kuasa kami. Pelanggan yang bersetuju membuat bayaran deposit bermaksud bersetuju dan faham dengan sebarang risiko percutian yang dipilih

 

TERMA DAN SYARAT

  • Perkhidmatan ini diuruskan dan dijalankan dengan kerjasama Muslimtravelbug Sdn Bhd (MTB)
  • Pilihan hotel adalah bergantung pada keadaan semasa dan boleh digantikan dengan hotel atau penginapan yang setaraf
  • Harga yang dipamerkan boleh mengikut keadaan semasa. Sebarang kenaikan yang berlaku adalah diluar kawalan pihak kami dan haruslah ditanggung oleh peserta.
  • Jenis dan pilihan hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
  • Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd adalah syarikat yang yang bertindak mewakili peserta untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej ke destinasi. Sebarang perubahan perjalanan dan penerbangan disebabkan oleh faktor-faktor seperti cuaca, cuti umum, dan lain-lain adalah di luar kawalan pihak kami.
  • Bayaran deposit yang diterima dari peserta bermaksud anda bersetuju dengan terma dan syarat yang kami tetapkan.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
Itinerary

Berkumpul Lapangan Terbang KLIA 2 (Airasia) dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para peserta akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Seoul.

Tiba di lapangan terbang Incheon dan berjumpa dengan pemandu pelancong. Bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan), melawat Pulau Nami dengan menaiki feri. Seterusnya peserta akan di bawa ke Seoul dan bermalam di Hotel.

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Everland Theme Park. Makan tengah hari dan alami keseronokan di salah satu taman tema terbesar di Korea. Pulang semula ke Seoul dan aktiviti bebas di Seoul Forest Park, antara lokasi terbaik untuk menikmati musim luruh di seoul. makan malam dan bermalam di hotel.

Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, anda bergerak dan melalui hadapan Blue House. Lawati Gyeongbuk Palace dan National Folk Museum. Selepas makan tengah hari, melawat ke Masjid Itaewon & membeli-belah di Itaewon Street. Lawati Kimchi School & Seaweed Museum untuk pengalaman membuat Kimchi & memakai pakaian tradisional Korea (Hanbok) dan Cosmetic Outlet. Seterusnya peserta akan dibawa membeli belah di Dongdaemun Market. Makan malam dan bertolak balik ke hotel untuk berehat.

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa ke Local Supermarket dan Duty Free Shop. Seterusnya peserta akan di bawa membeli belah di Myeongdong street & Namdaemun Market. Makan malam dan bertolak balik ke hotel untuk berehat.

Bertolak pada awal pagi ke Incheon International Airport untuk penerbangan pagi kembali ke Lapangan Terbang KLIA 2 (Airasia)

Location

From RM4,590.00

Total Price