PILIHAN HOTEL
LOKASI | HOTEL | PENGINAPAN |
KAZAN | NAGAI HOTEL (3 BINTANG ATAU SETARAF) | 3 MALAM |
MOSCOW | IZMAILOVO DELTA (4 BINTANG ATAU SETARAF) | 2 MALAM |
ST. PETERSBUG | HOTEL 4 BINTANG ATAU SETARAF | 2 MALAM |
KAZAN KE MOSCOW | BEMALAM DI DALAM KERETA API |
PILIHAN PAKEJ
PAKEJ | HARGA |
DEWASA (TWIN) | RM 12,188 |
DEWASA (SINGLE) | RM 13,168 |
INFO PENERBANGAN
TARIKH | NO. PENERBANGAN | PENERBANGAN | ETD- ETA (KUL - IST) |
20 APRIL 2024 | TK63 | TURKISH AIRLINE | 0845 - 1450 |
ETD- ETA (IST - KZN) | |||
TK404 | TURKISH AIRLINE | 0105 - 0500 | |
ETD- ETA (LED - IST) | |||
28 APRIL 2024 | TK60 | TURKISH AIRLINE | 0120 - 1650 |
ETD- ETA (IST - KUL) | |||
29 APRIL 2024 | TK427 | TURKISH AIRLINE | 1900 - 2335 |
PAKEJ TERMASUK:
✅ Bayaran masuk bagi tempat yang telah ditetapkan
✅ Air mineral di dalam bas
✅ Pemandu pelancong tempatan berbahasa Inggeris
✅ Ketua Pelancong dari Malaysia
TIDAK TERMASUK:
❎ Insuran perjalanan
❎ Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam itenari
❎ Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
❎ Lawatan pilihan
❎ Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu (5 Euro sehari)
TERMA DAN SYARAT
POLISI PEMBAYARAN
Berlepas dari KLIA. Tiba di Kazan, disambut oleh pemandu pelancong dan terus ke hotel.
Lawatan sepanjang hari di sekitar bandar Kazan. Lawatan termasuk tempat-tempat paling terkenal seperti Kazan University, Kazan Millennium Park, Tatar village (Tugan Avylym) di tengah bandar, Liberty Square, Kazan Family Center, Millennium Bridge, Kazan Arena Stadium. Selepas makan tengahari, kita akan menyambung lawatan ke Old-Tatar Sloboda, Marjani Mosque, Chack-Chack Museum dan Kazan Kremlin di mana anda akan dapat melihat Spassky Tower, Syuyumbike Tower, Cathedral of the Annunciation dan akhir sekali Kul Sharif Mosque sebelum kembali ke hotel. Pada waktu petang kita akan pergi ke KAZAN NIGHT TOUR.
Lawatan sepanjang hari ke Bandar Purba Bolgar yang turut dikenali sebagai "Northen Mecca". Bandar purba ini adalah tanah bersejarah bagi bangsa Tatar di mana Bolgar adalah pusat penyebaran Islam di wilayah Volga. Selain daripada lawatan sekitar Muzium-Peliharaan Bolgar, anda boleh lawati tempat tinggal purba Bolgar, Muzium Peradaban Bolgar, Sign of Islam, dan juga melihat reruntuhan bandar purba, Runtuhan Cathederal Mosque dengan Great Minaret, Mausoleum Utara dan Timur, Orthodox Church of St. Nikolay, Runtuhan "Five Bath", Black Chamber, dan runtuhan Makam Khan. Akhir sekali, anda akan melawat White Mosque, masjid terbesar di seluruh bahagian Barat Daya Tatarstan.
Menikmati lawatan separuh hari ke UNESCO Island Town di Sviyazhsk di mana rekaan seni bina ensemble yang mengagumkan menarik pelancong dari seluruh dunia. Dalam perjalanan pulang ke Kazan, kita akan singgah ke Temple of All Religious (bahagian luar). Selepas makan tengahari, kita akan melawat Nurulla Mosque dan meluangkan masa di Bauman Street (Kazan Arbat). Kemudian kita akan ke stesen kereta api untuk bertolak ke Moscow. Bermalam di kereta api.
Tiba pada waktu pagi di Moscow Train Station. Bergerak ke Cathedral of Christ the Savior, Patriarch Bridge. Berjalan di sepanjang jambatan Patriarchy untuk melihat pemandangan Kremlin yang indah, dek pemerhatian Muzium Taman Gorky, melawat Peter The Great Statue. Kemudian lawatan berjalan kaki di sepanjang Stary Arbat - Old Street. Selepas makan tengah hari, kita akan melawat State Historic Museum, Red square: Lenin Mausoleum, St.Basil Cathedral. Berjalan di sepanjang Alexander’s Garden, Akhir sekali akan Melawat Moscow Sobornaya Mosque, masid terbesar di Eropah. Daftar masuk hotel anda di beri peluang untuk menerokai sendiri kawasan sekitar bandar.
Lawatan akan bermula di Moscow Metro yang terdiri daripada mozek, cermin berwarna, candelier, patung gangsa dan marmar. Melawat Moscow Kremlin dan Cathedral. Selepas makan tengahari kita akan menyambung lawatan ke Bolshoi Theatre, KGB, 7 Sisters Buildings, Lomonosov Moscow State University, Vorobyovy Hills building, Park Pobedy di Poklonnaya Gora dan Gorky Park ((bergambar di pintu masuk), melawat masjid berdekatan Gorky Park.
Check Out hotel pada awal pagi dan bergerak ke stesen kereta api. Sarapan di dalam kotak. Menaiki Fast Speed Sapsan Train ke St. Petersbug. Perjalanan akan mengambil masa 3 jam 40 minit. Selepas tiba, kita akan bergerak untuk makan tengahari. Melawat Panoramic City - Lawatan Saint Petersbug yang meliputi tapak seni bina dan bersejarah seperti Nevsky Prospect, Kazan Cathedral, Winter Palace, Vasilivesky Island. St. Isaac Cathedral, Bronze Horseman, Senate Square dan Peter and Paul Fortress. Setelah selesai Check In hotel dan anda boleh melakukan aktiviti sendiri.
Selepas sarapan kita akan melawat Palace Square, Hermitage Museum. Ia mempunyai kolekasi yang tidak ternilai meliputi 5 bangunan bersejarah iaitu Winter Palace - bekas kediaman Keluarga Diraja Rusia. Melawat Church Savior of Spilled Blood, River cruise dan akhir sekali St Petersburg Mosque.
Pada awal pagi bergerak ke St Petersbug Airport untuk penerbangan ke Istanbul. Meninggalkan Rusia dengan memori yang manis. Tiba di Istanbul untuk lawatan bandar setengah hari. Anda boleh luangkan masa dengan aktiviti sendiri.
Berlepas dari Istanbul ke Kuala Lumpur. Lawatan tamat
From RM12,188.00