fbpx

Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Dubai – Abu Dhabi 6H 4M

  • 6 Hari 4 Malam
  • 29
  • Mac 2024
Description

HARI 1

KUALA LUMPUR – NEW DUBAI – MARINA DHOW CRUISE (MT/MM)

Berkumpul di KLIA untuk perlepasan. Tiba di Sharjah International Airport (SHJ) untuk berjumpa dengan pemandu pelancong di sana. Para peserta akan dibawa terus melawat sekitar bandar Dubai. Peserta akan dibawa untuk singgah bergambar di Jumeirah Beach dan Burj Al Arab. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Atlantis Hotel untuk berhenti bergambar. kemudian, melawat Dubai Marina, JBR. Perjalanan diterukan ke Miracle Garden dengan tiket kemasukan dan melawat Carpet Shop. Mendaftar masuk hotel. Peserta dijemput dari hotel dan peserta akan berpeluang menaiki Dhow Cruise Marina di jeti Dubai Marina sambil menikmati hidangan makan malam selama 2 jam perjalanan. Perjalanan cruise akan melalui kawasan Dubai Marina Mall, Palm Jumeirah, Atlantis Hotel dan Burj Al Arab. Di dalam cruise, para tetamu akan disajikan dengan pemandangan yang memukau pada waktu sebelah malam. Peserta kemudian akan pulang semula ke hotel untuk beristirehat.


HARI 2

DUBAI (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Perjalanan diteruskan dengan melawat sekitar bandar Dubai. Peserta akan mengunjungi ABRA iaitu yang bermaksud ‘jalan’ yang merupakan mod pengangkutan paling tradisional di bandar ini. Kemudian peserta akan melawat Gold Souk & Spice Souk, Leather Shop dan Dubai Mall Seterusnya, peserta akan singgah di kawasan Bastakiya. Kawasan itu merupakan sebuah kawasan bersejarah dan salah satu wilayah tertua di Dubai, United Arab Emirates (UAE). Seterusnya, bergambar seketika di Burj Khalifa dan peserta menikmati persembahan Dubai Fountain. Kembali ke hotel dan bermalam di Dubai.


HARI 3

ABU DHABI (SP/MT)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dijemput dari hotel dan menuju ke bandar Abu Dhabi. Perjalanan akan memakan masa selama 1 jam 30 minit dari Dubai. Peserta akan melawat Grand Mosque dan Global Village. Singgah bergambar di hadapan Emirates Palace, Ferrari World, Heritage Village dan Abu Dhabi Corniche. Perjalanan ini akan melalui kawasan President Palace. Seterusnya peserta akan kembali ke Dubai dan bermalam di sana.


HARI 4

DESSERT SAFARI TOUR (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Aktivti bebas sehingga waktu tengah hari. Pada jam 15:00 p.m. peserta akan dijemput dari hotel untuk dibawa ke Desert Safari Tour. Kemudian peserta pulang ke hotel dan bermalam di disana.


HARI 5

DUBAI – KUALA LUMPUR (SP/MT/MOB)

Sarapan pagi di hotel & daftar keluar. Perjalanan diteruskan dengan melawat di sekitar Bandar Dubai. Peserta akan singgah bergambar di Dubai Frame, Museum of the Future. Seterusnya peserta akan menuju ke Sharjah. Peserta juga berpeluang bergambar di King Faisal Mosque, Al Hisn Fort. Kemudian peserta akan melawat Blue Souk dan Souk Al Arsah. Pada waktu petang, Peserta akan berkumpul dan bergerak ke Sharjah International Airport (SHJ) untuk pulang ke Kuala Lumpur.


 

PILIHAN HOTEL

LOKASI HOTEL
DUBAI CORAL DIERA DUBAI (4 BINTANG) ATAU SETARAF

PILIHAN PAKEJ

PAKEJ HARGA
DEWASA (TWIN / TRIPLE) RM 4,390
DEWASA (SINGLE) RM 5,090
KANAK-KANAK (WITH BED) RM 4,390
KANAK-KANAK (WITHOUT BED) RM 4,090
BAYI RM 1,000

INFO PENERBANGAN

NO. PENERBANGAN PENERBANGAN ETD -ETA (KUL-ICN)
1 MAC 2024 AIR ARABIA 0940 - 1315
ETD- ETA (ICN-KUL)
6 MAC 2024 AIR ARABIA 2145 - 0840+1

PAKEJ TERMASUK:

Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 30kg & WIFI penerbangan
Penginapan Hotel 4 bintang lengkap sarapan pagi
Lawatan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan:
Lawatan ke bandar Abu Dhabi
Dhow cruise Marina termasuk hiburan
Safari di padang pasir dengan makan malam.
Pengangkutan bas/van persiaran berhawa dingin yang selesa
Perkhidmatan ketua rombongan professional
Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
Tips Pemandu Pelancong
Makanan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan

TIDAK TERMASUK:

Travel & Covid-19 Insurans
Tiket masuk At the Top Burj Khalifa dan Ferrari World dan lain-lain
Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, cenderamata, panggilan telefon, porter,dobi, dan lain-lain


NOTA

  • Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
  • Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
  • Sila hubungi pejabat untuk pengesahan tempat duduk sebelum membuat tempahan.

TERMA DAN SYARAT

  • Perkhidmatan ini diuruskan dan dijalankan dengan kerjasama Muslimtravelbug Sdn Bhd (MTB)
  • Pilihan hotel adalah bergantung pada keadaan semasa dan boleh digantikan dengan hotel atau penginapan yang setaraf
  • Harga yang dipamerkan boleh mengikut keadaan semasa. Sebarang kenaikan yang berlaku adalah diluar kawalan pihak kami dan haruslah ditanggung oleh peserta.
  • Jenis dan pilihan hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
  • Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd adalah syarikat yang yang bertindak mewakili peserta untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej ke destinasi. Sebarang perubahan perjalanan dan penerbangan disebabkan oleh faktor-faktor seperti cuaca, cuti umum, dan lain-lain adalah di luar kawalan pihak kami.
  • Bayaran deposit yang diterima dari peserta bermaksud anda bersetuju dengan terma dan syarat yang kami tetapkan.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
Location

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

From RM4,390.00

Fully Booked