fbpx

Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Beijing – Tembok Besar China 7H 5M

  • 7 Hari 5 Malam
  • Mei 2024
Description

 

PILIHAN HOTEL

LOKASI HOTEL
BEIJING REZEN HOTEL BEIJING MIJIA ATAU SETARAF
BEIJING LAVANDE HOTEL ATAU SETARAF

PILIHAN PAKEJ

PAKEJ HARGA
DEWASA (TWIN /TRIPLE) RM 3,390
DEWASA (SINGLE) RM 4,039
KANAK-KANAK (WITH BED) RM 3,390
KANAK-KANAK (WITHOUT BED) RM 3,090
BAYI RM 500

INFO PENERBANGAN

NO. PENERBANGAN PENERBANGAN ETD- ETA (KUL-BWN)
BI874 BRUNEI AIRLINE 2115 - 2340
ETD- ETA (BWN-PKX)
BI1623 BRUNEI AIRLINE 0200 - 0725
ETD- ETA (PKX-BWN)
BI1624 BRUNEI AIRLINE 1100 - 1635
ETD- ETA (BWN-KUL)
BI1873 BRUNEI AIRLINE 1755 - 2025

PAKEJ TERMASUK:

Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi
Penginapan selama 6 malam di hotel 4 bintang & sarapan pagi
Makanan halal seperti yang di nyatakan di atas
Pengangkutan berhawa dingin sepanjang perjalanan.
Tiket masuk lawatan pengikut jadual perjalanan
Pemandu pelancong berpegalaman berbahasa English/Bahasa sepanjang perjalanan.
Air mineral: 1 botol 500ml di sediakan pada hari lawatan untuk setiap orang
Tippings
Pengurusan Visa (single entry) bagi warganegara Malaysia

TIDAK TERMASUK:

Insuran perjalanan
Pilihan lawatan selain yang di nyatakan
Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.


TERMA DAN SYARAT

  • Perkhidmatan ini diuruskan dan dijalankan dengan kerjasama Muslimtravelbug Sdn Bhd (MTB)
  • Pilihan hotel adalah bergantung pada keadaan semasa dan boleh digantikan dengan hotel atau penginapan yang setaraf
  • Harga yang dipamerkan boleh mengikut keadaan semasa. Sebarang kenaikan yang berlaku adalah diluar kawalan pihak kami dan haruslah ditanggung oleh peserta.
  • Jenis dan pilihan hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
  • Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd adalah syarikat yang yang bertindak mewakili peserta untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej ke destinasi. Sebarang perubahan perjalanan dan penerbangan disebabkan oleh faktor-faktor seperti cuaca, cuti umum, dan lain-lain adalah di luar kawalan pihak kami.
  • Bayaran deposit yang diterima dari peserta bermaksud anda bersetuju dengan terma dan syarat yang kami tetapkan.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
Itinerary

Berkumpul di airport KLIA dan peserta akan diberikan taklimat berkenaan ke Beijing oleh wakil ketua rombongan syarikat kami. Berlepas ke Brunei Darulsalam untuk transit sebelum bertolak ke Beijing.

Tiba di Daxing International Airport dan menuju ke Olympic Village. Kawasan ini telah dibuka pada tahun 2008 dan menjadi Kawasan berlangsungkan sukan Olympic di Beijing. Peserta akan melalui Beijing National Stadium (bird nest stadium) dan Water Cube untuk bergambar di hadapan bangunan. Makan Tengah hari dan daftar masuk hotel. Kemudian, peserta akan melawat Masjid Songyu. Makan malam dan pulang ke hotel.

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan menuju ke Tian An Men Square iaitu dataran bandar terbesar di dunia. Di bahagian utara Kawasan tersebut, peserta akan singgah bergambar di Forbidden City dan Meridian Gate. Singgah solat di Niujie Mosque. Meneruskan perjalanan ke Niujie Muslim Super Market iaitu merupakan kedai makanan dan komoditi terbesar yang menyediakan perkhidmatan kepada umat Islam di China. Pada waktu malam, peserta akan menikmati Pertunjukan Akrobatik yang terkenal di dunia. Pulang semula ke hotel untuk berehat

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan memulakan lawatan ke Tembok Besar China (bahagian Juyongguan) yang dibangunkan pada abad ke 7 & 8 sebelum masihi. Makan Tengah hari dan Singgah solat di masjid. Meneruskan perjalanan ke shopping street Wang Fu Jing untuk membeli belah. Makan malam dan balik ke hotel.

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan memulakan perjalanan ke Summer Palace iaitu kawasan yang mempunyai tasik, taman dan istana yang luas di Beijing. Ia adalah taman empayar dalam dinasti Qing. Singgah solat di Masjid Fayuan. Kemudian, peserta akan melawat ke Zoo Beijing yang terbesar di China dan terkenal dengan Panda Hall. Peserta juga berpeluang untuk melawat Kawasan skrin LED terbesar di Beijing. Makan malam dan pulang ke hotel.

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan di bawa ke Qianmen Walk Street. Kawasan ini menggabungkan elemen budaya lama dan baru. Peserta berpeluang untuk menerokai gaya hidup orang Beijing yang lama. Kemudian, peserta akan menuju ke Xiushui Street untuk aktiviti bebas dan membeli belah

Sarapan pagi daftar keluar hotel. Aktiviti bebas sebelum ke lapangan terbang Daxing untuk penerbangan pulang ke Brunei untuk transit dan tiba di Kuala Lumpur.

Location

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

From RM3,390.00

Fully Booked