fbpx

Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Balkan 5 Negara, 10H7M

  • 10 Hari 7 Malam
  • April 2025 - Mei 2025
Description

 

PILIHAN PAKEJ

PAKEJ 2025
28 APRIL 01 MEI 12 MEI
DEWASA (TWIN/TRIPLE) RM 8,690 RM 8,690 RM 8,790
DEWASA (SINGLE) RM 10,190 RM 10,190 RM 10,290
KANAK-KANAK (WITH BED) RM 8,690 RM 8,690 RM 8,790
KANAK-KANAK (TWIN) RM 8,690 RM 8,690 RM 8,790
KANAK-KANAK (NO BED) RM 7,821 RM 7,821 RM 7,911
BAYI RM 1,500 RM 1,500 RM 1,500

SENARAI HOTEL

BANDAR HOTEL / SETARAF BIL. MALAM
SKOPJE HOTEL ACTOR ATAU SETARAF 1 MALAM
STRUGA HOTEL IMPERIAL & SPA ATAU SETARAF 1 MALAM
SHKODER HOTEL ROZAFA ATAU SETARAF 1 MALAM
TREBINJE HOTEL CENTRAL PARK ATAU SETARAF 1 MALAM
MOSTAR HOTEL CARPE DIEM ATAU SETARAF 1 MALAM
SARAJEVO HOTEL EXCLUSIVE ATAU SETARAF 1 MALAM
BIHAC HOTEL SAFIR ATAU SETARAF 1 MALAM

INFO PENERBANGAN

HARI SYARIKAT NO. PENERBANGAN ETD- ETA (KUL - IST)
1 TURKISH ARILINE TK 61 2350 - 0650+1
ETD- ETA (IST - SKP)
2 TK 1003 0810 - 0745
ETD- ETA (ZAG - IST)
9 TK 1056 1955 - 0015+1
ETD- ETA (IST - KUL)
10 TK 60 0150-1705

PAKEJ TERMASUK:

Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
Penginapan hotel bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
Tiket masuk ke tempat lawatan: Kravice Waterfalls, Vrelo Bosne, Tunnel of Hope, Kotor Old Town dan Plitvice Lakes. Optional Tour: Bot Lake Ohrid Eur 30
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih profesional.
Tip untuk tour guide dan pemandu bas persiaran.

TIDAK TERMASUK:

❎ Insurans perjalanan dan Covid-19
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
Makan tambahan di hotel seperti snek, min bar, dobi dan porter.

Tiket masuk, tiket masuk lawatan dan makan lawatan selain dari yang dinyatakan.
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

TERMA DAN SYARAT

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM1500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
Itinerary

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Skopje (transit di Istanbul).

Lawatan di Skopje: Skopje Kale Fortress: Kota pertahanan yang terletak di tengah bandar Skopje ini dibina seawal kurun ke-6 lagi. Stone Bridge: Jambatan batu yang merentasi Vardar River di tengah kota ini dibina pada tahun 1451. Alexander The Great Statue: Tugu setinggi 14.5 m ini dibina pada tahun 2011 sempena 20 tahun kemerdekaan Republic of Macedonia. Masa bebas di Macedonia Square sambil membeli-belah cenderamata dan makanan tradisi di Old Bazaar. Old Train Station : Stesen Keratapi lama dibina pada tahun 1938 dengan hiasan Byzantine. Bermalam di Skopje.

Lawatan di Tetovo: Sarena Painted Mosque: Kompleks masjid yang berwarna-warni ini dibina pada tahun 1438 dan turut menempatkan laman bunga, sekolah Medresa dan Turbe (makam) 2 beradik perempuan yang menaja pembinaan masjid ini. Lawatan di Ohrid: Haji Turgut Mosque: Masjid yang tertua di sini yang dibina pada tahun 1466. Abedin-Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada abad ke-17 yang turut menempatkan makan Emir pertama Ohrid. Masa bebas di Chinar Square yang terkenal dengan Old Chinar Tree yang berusia lebih 1000 tahun dan membeli-belah di Old Bazaar Street. Nikmati pemandangan indah Lake Ohrid yang cukup indah dan luas umpama lautan. Monastery of St. Naum: Biara Ortodoks ini dibina di tebing Lake Ohrid sejak tahun 905 ketika zaman Bulgarian Empire. Bermalam di Struga.

Lawatan di Tirana: Ethem Bey Mosque: Dibina pada tahun 1791, masjid ini menjadi pemangkin kejatuhan komunisme negara ini. Clock Tower of Tirana: Menara jam setinggi 35m yang dibina pada tahun 1811. Lawatan bas panorama melepasi Pyramid of Tirana, National History Museum, Cold War Bunker, Skanderbeg Square dan Skanderbeg Monument. Lawatan di Shkoder: Lawatan bas panaroma melepasi Rozafa Castle kota pertahanan dan kediaman zaman Illyrian , Ebu Beker Mosque dan Shkoder Lake. Bermalam di Shkoder.

Lawatan di Kotor: Old Town of Kotor: Antara kota tepi laut yang tercantik di Mediterranean dengan tembok kota setinggi 20m dan antara tarikan di sini ialah Square of Arms, Watch Tower, Prince’s Palace, Pillar of Shame dan Sea Gate of 1555. Old City of Dubrovnik: Dikenali sebagai Pearl of the Adriatic kerana keindahan pemandangannya. Kota ini sememangnya destinasi wajib jika ke Balkans. Melawat tarikan utama di dalam tembok kota ini seperti Large Onofrio Fountain, Rector’s Palace, Clock Tower, Bell Tower, Orlando’s Column dan juga bersiar-siar di sepanjang Bermalam di Trebinje.

Lawatan di Blagaj: Berfoto dan menikmati pemandangan yang amat indah di mata air Buna River Spring. Lawatan di Mostar: Mostar Bridge: Jambatan ikonik Bosnia yang terkenal di serata dunia dan dibina pada abad ke-16 berdasarkan senibina Islamik Balkan. Koski Mehmed Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1618 berdasarkan senibina Uthmaniyyah Turki. Membeli-belah cenderamata di Bazar Kujundziluk yang terletak di sepanjang Neretva River. Bermalam di Mostar.

Bersiar-siar di taman rekreasi Vrelo Bosne dan menikmati suasana tenang semulajadi taman ini. Tunnel of Hope: Terowong yang dibina ketika Perang Bosnia dan digunakan penduduk setempat bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan ketika mana pada waktu itu bandar Sarajevo dikepung oleh tentera Serbia. Membeli-belah di Bascarsija Bazaar sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-Bey Mosque yang merupakan masjid terbesar di Bosnia dibina pada tahun 1530, menara jam Sahat Kula dan juga Vijecnica. Temui dan ambil foto Sarajevo Roses, nama panggilan kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah membentuk seakan bunga ros di hadapan Sacred Heart Cathedral. Bermalam di Sarajevo

Lawatan di Ahmici: Melawat 116 Monument di perkampungan kecil Ahmici di mana terjadinya peristiwa tragik pembunuhan 116 orang penduduk dalam satu pagi oleh tentera Croatia ketika Perang Bosnia. Lawatan di Jajce: Berfoto di Pliva Waterfall yang setinggi 27m dan Watermills Open Air Museum yang cukup unik dengan binaan 20 buah rumah kincir air kayu di atas Pliva River di Jajce. Bermalam di Bihac.

Melawat dan bersiar-siar di kawasan tasik pergunungan air terjun Plitvice Lakes yang dipanggil sebagai syurga dunia. Sesuai panggilannya, kawasan ini cukup indah dengan tasik yang kehijauan dan rangkaian air terjunnya yang menakjubkan. Lawatan di Zagreb: Melawat sekitar kota Zagreb terutamanya di Ban Jelacic Square yang terdapatnya Zagreb City Skale Model, Ban Jelacic Statue dan Lotrscak Tower. Bertolak pulang ke Kuala Lumpur (transit di Istanbul).

Tiba di lapangan terbang KLIA

Location

From RM8,690.00

Total Price